Detail Ringkasan Al Muzani Set 2 Jilid - Pustaka Azzam
Original, Murah dan Berkualitas, Insyaa Allah ---------------------------------------------------------------------------- Judul Buku : Ringkasan Al Muzani Set 2 Jilid Penulis : Imam Al Muzani Tahqiq : Muhammad Abdul Qadir Syahim Penerbit : Pustaka Azzam Ukuran : 15,5 x 24,5 cm Tebal : 2 Jilid, 712 & 844 Halaman Berat : 2.200 gr Jenis : Hard Cover Harga Jual Set : 392.000,- ---------------------------------------------------------------------------- Buku ini merupakan sebuah kitab fiqh utama dalam mazhab Al Syafii. Ia merupakan karya Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya bin Ismail Al Mishri Al Muzani (175-246H), yang terkenal dengan gelaran Imam Al Muzani. Beliau merupakan murid dan sahabat utama kepada Imam Al Syafii ketika di Mesir. Beliau terkenal sebagai seorang yang warak, zuhud, menjauhi keduniaan dan seorang yang mustajab doanya.
Beliau diberi gelar “Nashir Al Mazhab” (Penolong Mazhab) dan “Badr Al Mazhab” (Bulan Purnama Mazhab). Gelaran beliau itu berdasarkan pengakuan Imam Al Syafi‘i yang berkata: “الْمُزَنِى نَاصِرُ مَذْهَبِى - Al Muzani adalah penolong mazhabku ”. Beliau salah seorang murid Imam Al Syafii yang disebut sebagai gunung ilmu, banyak menulis, menyebarkan ilmu di bumi Mesir dan tidak pernah pergi ke mana-mana tempat lain sehinggalah meninggal. Ini bertepatan dengan kata-kata Imam Al Syafii kepada Al Muzani semasa hidupnya; “Adapun engkau wahai Muzani akan tetap tinggal di Mesir ini.” Sesuai dengan gelaran Penolong Mazhab Syafii, Al Muzani mewariskan banyak kitab mazhab ini. Antara lain Al Jami’ Al Kabir, Al Jami’ Al Shaghir, Al Mukhtashar, Al Mantsur, Al Masail Al Mutabarah, Al Targhib fi Al ‘Ilm, Kitab Al Watsa’iq, Kitab Al ‘Aqarib, dan Kitab Nihayah Al Ikhtishar.