Akhlak mulia merupakan wasilah dakwah yang paling efektif. Orang lebih percaya kepada apa yang dilihat daripada apa yang didengar. Ucapan yang baik, tetapi disertai keburukan perbuatan hanya akan menambah kehinaan. Sebaliknya, simpati dan kemuliaan selalu mengikuti kemuliaan akhlak.