kitab Jawahirul-Bukhari (جواهر البخاري) merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) bagi kitab Shahih al-Bukhari yang disusun oleh Syeikh al-‘Allamah Musthafa Muhammad ‘Imarah al-Mashri, seorang bekas guru di al-Madaris al-Amiriyyah, Mesir. Jumlah hadits dalam kitab ini sebanyak 700 buah, yang dipilih oleh penyusunnya dari Kitab Shahih al-Bukhari.
Di samping himpunan hadist yang diringkaskan dari Shahih al-Bukhari, penyusun juga telah melampirkan huraiannya[1] yang diambil dari Kitab Irsyad al-Sari li Syarh Shahih al-Bukhari, iaitu kitab yang menghuraikan Shahih al-Bukhari, karya Imam Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Khatib al-Qasthalani (923H). Berdasarkan kandungannya, iaitu hadits dan syarahnya tersebut, kitab ini boleh juga dianggap sebagai sebuah ringkasan bagi kitab Irsyad al-Sari karya al-Qasthalani tersebut.
Berdasarkan beberapa cetakan kitab edisi Arabnya, judul kitab ini dicatatkan sebagai ‘Jawahir al-Bukhari wa Syarh al-Qasthalani 700 Hadits Masyruhah’.
Kitab ini dimulai dengan muqaddimah penyusunnya yang agak panjang, memenuhi 7 halamannya. Muqaddimahnya diakhiri dengan beberapa bait sya’ir[2] yang menerangkan kembali mengenai kitab Jawahir al-Bukharinya. Di akhir bait syair tersebut dicatatkan tahun 1341H, yang berkemungkinan tarikh cetakan pertamanya[3].
Penyusun juga telah melampirkan tarjamah (riwayat hidup) Imam al-Bukhari dan Imam al-Qasthalani. Di akhir kitab Jawahir al-Bukhari ini dilampirkan beberapa kata-kata sanjungan para ulama mengenai penyusun dan karya susunannya.
Kitab ini merupakan ringkasan Shahih al-Bukhari menjadi rujukan dan teks pengajian hadist di Nusantara. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu / Indonesia bagi memudahkan umat Islam di Nusantara memahami dan mempelajarinya. Antara terjemahan kitab ini yang dapat saya catatkan di sini, adalah;
1. Tazkir al-Qabail al-Qadi fi Tarjamah al-Bukhari, terjemahan Tuan Husain kedah (1935M). Ia telah diterbitkan pada tahun 1930M[4].
2. Terjemah Jawahirul Bukhari, terjemahan Drs. Muhammad Zuhri dan diterbitkan oleh Raja Murah al-Qana’ah, Indonesia pada tahun 1979[5].
3. Saripati Hadits al-Bukhari, terjemahan M. Abdul Ghoffar dan diterbitkan oleh Pustaka al-Kautsar, Indonesia pada tahun 2002.
spek kitab ukuran A5 *21x15cm kertas hvs kuning sampul hard cover tulisa khot komputer dan spasi renggang cocok buat makna terbal 573 hal